Assalammualaikum ,
Hai semua , cuci mata dulu sebelum baca post sy nieh ok ?
pada (13/12/2011) sy dan cousin saya ,
Anaqi Naufal ader bwat projek 'baek'
untuk mengisi masa lapang kami kat sana . kitorang bercadang untuk memancing kat Tambak , Johor.
umie dan mama mengizinkan kami untuk ke sana , (yeeppii)
TAPI ,
Tak semudah tu brader . Tepat pkul 12 tgh malam , kitorang masih bwat perbincangan rapi
untuk mengeluarkan hasrat kitorang . Cousin sy menelefon kawannya yg otai tentang memancing .
dy menanyakan umpan2 yg perlu dipakai bagi memancing laut dalam . kawan dy kata kena pkai
ikan sardin atau pumpun , bpak dy , mne nk dpt ikan sardin fresh atau cacing laut ? akhirnya ,
dy menjelaskan kerang juga boleh dibuat umpan . huh , Kerang , you're my hero ! tiba-tiba .
Atuk kami membuka pintu dan berkata :
Atuk : Barang2 yg berada di dalam bilik ini jangan disentuh yaa? (sambil menunjukkan joran2 kepunyaan paksu kami)
kami : Baik tok .. (huh ? camner nie !!)
Atuk : Semua ini kepunyaan Paman , jgn diusik yaa ? susah atuk jika Paman balik nanti.
Dy terus menutup pintu dan keluar dari bilik kami . Kelam kabut jadinya ,
fikiran kami tidak tentu arah utk fikirkan cara untuk keluar dari sarang kebuntuan.
kami cuba menenangkan diri dan kami mendapat idea utk meminjam joran
Paksu kami yg sekarang sedang bercuti di Kluang .
Keesokkan harinya ,
Kami bangun se awal 7 pagi tapi malangnya , Atuk kami telah pun bangun dahulu
kami solat subuh berjemaah , sarapan , dan siap utk memancing . Cousin saya
mengambil joran itu dan letakkan di bawah kerusi panjang sebelah kereta .
Nasib malang kami bertambah lagi biler atuk kami menyapu sampah di halaman
depan . Apabila atuk ke tempat joran itu sahaja tiba-tiba Wak Limun menyelamatkan
kami ! dy adalah bapa saudara kami .
Wak : Takpa pak , di sini biar saya aja yg sapu in .
Atuk : Mimpi ap engkau maw tolong saya ?
Wak : takda papa pak cuma mahu menolong .
Atuk kami terus meluru ke tempat lain sambil tangan Wak menunjukkan
'thumbs up' ke arah kami , fuhh , lega . Budi wak tak mampu kami balas
cousin saya tanpa membuang masa mengambil semula joran itu dan
terus keluar melalui pintu belakang . Kakak sedara saya terus start enjin,
masukkan gear dan terus mengambil cousin saya di belakang rumah .
Sebelum ke Tambak , kami singgah ker pasar basah untuk membeli kerang
sebagai umpan . masuk sahaja ke pasar itu kami terus menjumpai kerang
yg kami perlukan . Sekilo hanya Rm 3 murahkan ? kakak sedara kami
memberhentikan kereta nya dan menghantar kami selepas itu , dy terus
pulang ke rumah .
Bgaimana keadaan kami memancing anda semua tak perlu tahu :)
Kami pulang dgn tangan kosong dan muka yg gembira . walaupun kami tidak mndapat ikan
kami seronok dgn pengalaman memancing ni . Yg lucunya di sini , Satu keluarga kami
bersubahat untuk merahsiakan perkara ini dari Atuk kerana Wak Limun telah menceritakan
segala - galanya kpd mereka . Sekali lagi kami terselamat dari masalah ini . Tamat .
' pengalaman akan mendewasakan kamu ' - Afnan Haziq
HAI!! ske ker ? follow2 haha XD